kaedah merawat sakit kepala 1

Sekadar perkongsian yang mudah sahaja.

Terapi sakit kepala.

  1. Ambil air putih.
  2. Lintaskanlah dalam hati Ya ALLAH, hamba bermohon sembuhkanlah penyakitku dengan keberkatan ayatMU.
  3. Bacakan Al Fatihah, Ayatul kursi, Surah Al Ikhlas,Surah Al Falaq, Surah An Nass.
  4. kemudian bca (يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ) [Surat Ar-Rad : 39]
  5. hembus pada air dengan kadar yang perlahan sehingga habis nafas ’huuu’
  6. minum air tersebut.

kaedah lain ambil air putih dan cmpur dengan madu timur tengah
atau
ambil air putih campur dengan pati delima. inahaALLAH.

Ayuhhhh berbekam.


Assalamualaykum warahmatULLAHi wabarakaTu. 
AlhamdulILLAH, SYUKUR kepada ALLAH AZZAWAJALLA diberi peluang untuk kita bersama-sama menghirup udara yang diberi pinjaman lepada kita semata-mata.


Kepada sesiapa yang ingin berbekam, sila buat temujanji anda dengan saya di nombor telefon 013-4421 597.


Tempat bekam di rumah saya di felda titi.
Satu cup atau titik Rm 5.

BICARA RAWATAN 2

BICARA TIIG 2:- DUIT ATAU TOLONG.

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH azzawajalla dengan izin dan limpah kurnianya ALLAH telah memberi peluang kepada sang fakir yang hina sering memBuat silap ini menulis untuk kefahaman orang ramai dan satu jalan untuk kita semua berfikir. Diperingatkan segala yang sang fakir tulis.disini ianya daripada guru-guru sang fakir yang ada di sang fakir war-warkan ataupun tidak.

ALLAHUma solli’ala Saiyidina Wa maulana MUHAMMAD.

Berbalik kepada apa yang ingin dibincangkan iaitu "DUIT atau TOLONG".

Masakini perubatan islam tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. AlhamduLLILAH, sang fakir kira ini ada lah satu   perkara yang baik untuk membantu masyarakat kita pada hari ini dalam mengikhtiar kesembuhan dan mencari redhaALLAH.

ala kulli hal,
duit sering dikaitkan dari perubatan masa dulu hinggalah sekarang. Ada yang panggil sebagai duit penggeras, ada juga yang panggil sedekah, ada yang panggil hadiah rawatan dan pelbagai lagi jika ada. Namun, adakah ianya ’diwajibkan’ untuk memberi kepada seorang perawat.

Pernah saya dengar daripada datuk saya menceritakan kepada saya orang dahulu kala/mungkin zaman ini masih ada yang mengamalkannya bahawa perlu kepada memberi pengeras atau duit supaya tukang perawat tidak kesakitan semula.

Apabila difikirkan semula? ianya tidak berkaitan langsung. jika ya, sekalipun ia amat berkaitan mungkin berkaitan dengan jin atau gangguan. jika tidak, ianya sekadar adat atau petua orang-orang tua.
Sebagai contohnya,jika ianya menggunakan telur ayam kampung mesti kene bagi kepada perawat duit 5 sen ,pisau dan ayam kampung. sebagai contohnya. ianya hanya contoh ya sidang pembaca sekalian.
selesai.

Dalam perubatan islam konsep duit bukanlah keperluan utama,ianya perkara yang kesepuluh keduapuluh dan ketiga puluh.

Dalam konsep islam, PERTOLONGAN amat diutamakan bukan duit.
pertolongan yang bagaimana?
Adakah pertolongan dengan menghantui pesakit dengan jin sahaja?
Pertolongan yang sebenar-benarnya ialah ambil dan tarik semula mereka iaitu pesakit ke tali agama ALLAH. INILAH pesanan Guru sang fakir setiap kali dalam ceramahnya.
saya mohon kepada sidang pembaca sekalian keluarkan diri kita daripada cerita-cerita hantu,mistik dan pelbagai lagi yang pelik ataupun menceritakan cerita-cerita yang tidak sesuai kepada orang ramai.


saya hanya menyambung apa yang tuan guru-tuan guru saya sampaikan.


habis tu macamana dengan orang yang minta upah tu akmal?

ok baiklah, begini jika ia melakukan sesuatu kerja mereka layak mendapat upahnya.
seperti bekam , urut, akunputur dan lain-lain2 lagi.
Rasulullah juga membayar upah kepada orang yang membekamnya.
ada juga nabi bersabda bayar upah orang tu sebelum kering air peluhnya.
namun kepada perawat jangan letak harga yang melampau2 tingginya. sedang kan ianya taklah seberapa.
ok baiklah jelas? jika tidak boleh faham tinggalkan soalan dibahagian komen.

Teruskan selawat ke atas baginda Nabi MUHAMMAD SOLALLAHU ALAHI WASALAM.

fikirkanlah semula apa yang saya sampaikan kepada entum semua.

BICARA RAWATAN ISLAM 1

BICARA RAWATAN ISLAM :- PERUBATAN DARI PERSEKTIF ISLAM

Assalamualaykum WMT.

Dalam perubatan islam, sudah semestinya ada yang dipanggil doktor dan ada yang dipanggil sebagai pesakit.
Namun,sebaik-baiknya perlu kita betulkan pemikiran kita bahawa

ALLAH sebagai penyembuh yang MUTLAK
RASULLULLAH SOLALLHUALAHI WASALAM sebagai sebaik-baik DOKTOR.
ZIKIRULLAH sebagai sebaik-baik UBAT.




Maksudnya:- Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu
kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Seterusnya, PENYAKIT itu ialah teguran dan juga peringatan ALLAH kepada kita. selain itu juga PENYAKIT juga adalah kafarah atas dosa2 kita yang lalu. Terdapat beberapa Hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

Oleh itu, Perubatan menurut pandangan Islam ini ianya sangat menekankan bab aqidah yang sebenar kepada ALLAH AZZAWAJALLA.
Setelah itu, ikhtiar dengan cara yang betul sesuai dengan kehendak syarak, jangan mencampurkan ikhtiar kita dengan perubatan yang berunsur syirik lagi menyesatkan kita ye.(InshaALLAH akan dikongsikan kepada entum semua tentang rawatan yang berbentuk sihir dan syirik)
dan tamatkanlah rawatan ataupun ikhtiar kita tu dengan TAWAKAL KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA.

Perubatan ini sudah ada berkurun2 lamanya.

Jadi perubatan ini terbahagi kepada dua bahagian:-

-fizikal
-rohani/gangguan

Oleh hal yang demikian, ana akan cuba untuk memendekkan ulasan mengenai hal ini.

Masa kini kita melihat pengubatan Islam di Malaysia terutamanya hanya tertumpu kepada perubatan yang berbentuk gangguan semata-mata. Jadi bagaimana dengan pengubatan bagi fizikal ?
Sesuatu penyakit yang datang kepada kita bukanlah berbentuk gangguan semata-mata seperti saka,sihir, asyik dan sebagainya.

baiklah apa yang saya cuba sampaikan.

PENGUBATAN ISLAM sebaiknya diagnos dahulu. adakah masalah itu berbentuk fizikal atau gangguan.

Di TIIG, saya akan mendiagnos kedua-dua hal tersebut sebelum mengatakannya sebagai gangguan atau lebih mudah saya katakan saya akan mendiagnos masalah fizikal terlebih dahulu.
Selepas itu, saya tidak akan membiarkan pesakit balik begitu sahaja. Rawatan akan diteruskan dengan mendiagnos gangguan. sekiranya pesakit mungkin ada gangguan tersebut.

Jadi kita tidak boleh mengatakan sesuatu penyakit itu sebagai gangguan semata-mata seperti mana sekarang kita melihat begitu ramai orang yang mendakwa dakwi tanpa diagnos yang betul.

Begitu ramai orang zaman sekarang ni suka-suka mengatakan orang itu ada 20 jin lah 30jin lah, orang tu ada sakalah ada sihir lah ada asyik lah dan pelbagai lagi.itu lah dan inilah. nampak jinlah nampak hantulah.

kata guru saya:-
Ahwal kerohanian bukan sesuatu perkongsian kepada umum, ianya adalah ahwal yang perlu ditapis oleh Guru, malahan selepas tapisan jua, itu bukan lesen besar hal tersebut boleh digebang-gebangkan. Kerana ahwal kerohanian bukanlah aset PROMOSI.

Menceritakan ahwal kerohanian kepada umum atau orang awam, meletakkan diri sebagai pencalar displin Ilmu Kerohanian, hal inilah yang menjadi FITNAH BESAR kepada ahli kerohanian yang lain.


dan pesannya lagi:-

'Hal gaban-gaban tidak perlu digebang-gebangkan umum. Yang ghaib, mistik, sammiyyat, biarlah dalam keadaannya, dalam sirrNYA.

Terlalu digebang-gebang sangat hal mistik, serangan itu ini, bimbang tergolong dalam golongan Al Maghrur atau bahasa lain SS.

Ahwal kerohanian bukan untuk diheboh-hebahkan. 

Berkongsilah perkara yang boleh membantu umat mendekatkan diri kepada ALLAH bukan pada keHAIBATAN yang belum tentu maunah atau istidraj.

Berhati-hati.'



Jadi ana bermohon jangan mencalarkan perubatan islam. perubatan islam yang sebenarnya ialah mendekatkan pesakit dengan ALLAH.

Jika pesakit itu ada gangguan, maka gunalah kaedah-kaedahyang dibenarkan syarak yang diajar oleh guru-guru kita untuk mengeluarkannya, tak perlu cerita banyak2 dan mistik2 ni.
Jika pesakit itu ada  penyakit fizikal seeloknya berikan mereka keadah-keadah pemakanan sunnah, bekam, dan lain-lain pengubatan yang dibenarkan.

Sampai disini dulu, bicara rawatan TIIG akan bersambung lagi.....



PEMBERITAHUAN.


Peserta kursus urut di seremban zon selatan, sila datang seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran dan kami sediakan sarapan pagi. 

Peserta sila bawa kain pelikat atau kain batik ke. adapraktikal pada hari kedua seperti yang di maklumkan sebelum ini. sebarang pertanyaan sila hubungi saya Akmal 013 4421 597

KASTURI KIJANG DAN KASTURI HITAM

assalamualaykum, disini Terapi ISLAM IBNU Ghozali ingin memberitahu kami juga ada menjual minyak wangi kasturi.

minyak wangi kasturi hitam (pati) RM 15
minyak wangi kasturi kijang(pati) RM 15

Adapun disini saya menyelit beberapa kelebihan dan kegunaan kasturi.
Kata RasululLAH solaLAHU ALAHI WASALAM,
SEBAIK-BAIK WANGIAN IALAH MINYAK KASTURI.

berminat bg lah tahu saya, sebotol RM 15,  IANYA BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

Minyak wangi kasturi kijang dan hitam.
  1. Dalam mengikhtiar mengelak SIHIR dan MAKHLUK HALUS.
  2. Menguatkan roh .
  3. BAIK untuk pelajar untuk masuk ke kelas atau kuliah.
  4. masalah pelupa.
  5. merawat asma. (Dicampurkan dengan airpanas Dan diwapkan kemuka dengan keadaam yg diserkupkan):-)
  6. Masalah resdung.(kaedah yg sama selrti asma)
  7. masalah kemurungan
  8. ikhtiyar bg masalah sakit sendi2 (dicmpurkan dengan minyak zaitun dan disapu)
  9. Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi)

Namun begitu fadilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangian, INSYAALLAH...
 
Ianya telah diruqyahkan dengan bebrapa ayat al quran dan beberapa ayat selawat dan husun.

bagi yang berminat bolehlah pm sayaatau mesej saya 013 4421 597

MADU DAN HABBATUS SAUDA'

Assalamualaikum WMT,  sudah lama saya tidak menUPDATE blog saya ni. baiklagh hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai madu dan minyak habbatusauda.

seringkali sang fakir memesan kepada semua yang membaca mahupun yang datang berjumpa sang fakir agar tidAK MENGAMBIL ubatan hospital, saya bukannya tak suka hospital, harus jelas bahawa teknik pengubatan seperti check darah pembedahan dan sebagainya saya sokong cuma saya tak sokong ubatan mereka, kerana mempunyai dadah sintetik. maaf yer, anda digalakkan pergi hospital, kalau ubat makanan lah makanan sunnah inshaALLAH,

sahabat-sahabat sekalian, mengambil madu ,habbatusauda,minyak zaitun, zaitun, kurma, khal, pati delima,susu dan lain-lain makanan sunnah bukanlah diambil ketika kita sedang sakit sahaja, ianya hendaklah diambil sebagai satu langkah berjaga-jaga atau mencegah sesuatu penyakit itu terjadi.

Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya
merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan
manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

oleh itu, Islam menerangkan knsep AL WIQAYATUL KHAIRA MINAL 'ILAJ
iaitu MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. Jadi setiap penyakit harus dielakkan daripada terjadi pada diri kita.


Disini Terapi ISLAM IBNU Ghozali menerangkan sedikit tentang minyak HABBATUSAUDA DAN MADU TIMUR TENGAH.

ALLAH telah menyatakan keajaiban lebah madu ini di dalam KalamNYA :

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩﴾

kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLAH) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Malahan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam juga bersabda ;

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan cucuhan dengan api (kay). Sesungguhnya Aku melarang ummatKu (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Antara kegunaan minyak habbatusauda tiaf RM 35
-Amat digalakkan kepada mereka yang mempunyai athma (lelah).
-Mencegah daripada terkena lelah
-Mencegah daripada terkena penyakit yang berkaitan paru-paru terutamanya paru-paru berair
-meningkatkan imuniti badan
- Disapukan di bahagian hadapan dada belikat( bagi mereka yang asma)
- mengalakkan pengeluarab susu
-Anti kanser
-meningkatkan fungsi daya seksual

Antara kegunaan madu timur tengah(as syifa) RM 23

- amat digalakkan bagi mereka yang batuk,
- amat digalakkan bagi mereka yang demam dan mengelakkan demam,
-Melancarkan peredaran darah.
-Menguatkan tenaga dalaman.
-Melegakan dari keletihan.
-Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Sakit perut memulas macam banyak angin makan madu lebih baik -kata tuan guru WAN Asrul Al Aydrus.
-Mengurangkan kesakitan dan tekanan semasa haid.
-Meningkatkan kepintaran, daya ingatan dan hafalan.
-Menguatkan daya ketahanan badan.
-Baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin.
-Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan dan luka kecil akibat kemalangan.-KATA SHEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL IDRISI
-Boleh dijadikan antiseotik, anti alergik, anti anemia, anti fungus dan anti u-lser.
-Melegakan sakit sendi dan kebas.
-Melegakan batuk dan mengurangkan kahak.
-Membantu menerangkan penglihatan.
-Menjadikan kulit yang bersih dan putih bagi anak dalam kandungan.

untuk dapatkan rujuk dan PM lah saya. 
013 4421597 

TERBAHARU : AIR HERBA TIIG

Assalamualaykum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh.

AlhamdulILLAH, Terapi Islam Ibnu Ghozali telah lebih seminggu mengeluarkan air penawar herba zaafaran ini.

Sedikit pengenalan kepada semua tentang air ini. AIR ZAAFARAN INI telah dituliskan dengan bebeberapa ayat al Quran dan beberapa Selawat dan doa orang alim.

Zaafaran kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif & juga peransang tenaga batin.Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya tahan menghadapi pelbagai penyakit.

jadi untuk mendapatkannya by hand. kerana pos tidak terjamin. satu botol RM15,:)  

PERKONGSIAN ILMU

ASSALAMUALAIKUM WMT

TERGERAK HATI INI UNTUK BERKONGSI SATU ARTIKEL YANG TELAH DIKONGSI OLEH TUAN GURU ANA USTAZ WAN ASRUL AL AYDRUS DALAM FACEBOOKNYA IAITU:-
  1. Rumah ada gangguan makhluk halus? 
  2. Diri dan keluarga dirundung gangguan makhluk halus? 
  3. Sihir mengelilingi kehidupan? 
  4. Saka beribu dalam badan?
  5. Dah amal macam-macam, tapi gangguan masih lagi kuat... 
  6. Apa nak buat? What to do?

Mudah sahaja...

Beli cermin tinggi, boleh cerminkan dari kepala hingga ke kaki...

Pandang cermin tersebut dengan teliti, cuba tanya pada diri...
  1. Adakah wajah ini calon Ahli Syurga?
  2. Adakah diri ini golongan yang benar-benar beriman?
  3. Adakah cukup bekalan aku ini untuk mengadap ZAT PEMILIK SEKALIAN ALAM?
  4. Selamatkah aku dan keluargaku dari Api Neraka dan Kemurkaan ALLAH?
Jika jawapan semuanya TIDAK, maka, usahakanlah supaya ianya menjadi YA.

InsyaALLAH, saka, sihir, gangguan jin, jembalang mahupun dewa atau batara guru sekalipun akan sirna sepertimana sirnanya debu ditiup angin.

:: inilah yang sepatutnya kita risaukan :)

Iman Sebagai Tanah yang Subur

Iman Sebagai Tanah yang Subur.

AlQuran mengibaratkan iman sebagai tanah yang subur. demikian pula, kesyirikan dan lainnya sebagai tanah yang tandus, kering dan sebagainya, jika di tanam satu jenis tanaman maka, tanaman itu tidak bisa tumbuh, begitulah keadaan seseorang tanpa iman.
Profesor hamka mengatakan Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun lahirmya sebuah tamadun yang kuat,teguh, dan mencapai kebahagiaan dengan syarat tamadun tersebut dibina atas keimanan, ketaqwaan dan amal salih. 
Hal ini jelas ternyata dalam ayat- ayat cinta ALLAH AZZAWAJALLA kepada kita iaitu :-

والبلد الطيب يخرج نباته باءذن ربه

والذى خبث لا يخرج الانكد

كذلك نصرف الاءيت لقوم يشكرون... ٥٨
maksudnya:-

’’ Dan negeri yang baik (tanahnya), tanamannya tumbuh (subur) dengan izin ALLAH dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh (tanaman nya) melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat tanda kemurahan dan kekuasaan Kami dengan berbagai-bagai cara bagi orang yang mahu bersyukur.

Adapun naik dan turun, jatuh dan bangun sesuatu tamadun berdasarkan beberapa faktor
1) iman
2) taqwa
3) amal salih

atau

KUFUR.

Sesuatu tamadun itu akan berkembang maju seiring dengan peningkatan iman, sebaliknya tamadun akan mundur dan akan menuju ke lembah kehancuran apabila lunturnya iman dan ia digantikan dgn kekufuran.

Minyak zaitun

MiNyAk ZaiTuN

ASSALAM WMT 
SEMOGA KALIAN BERADA DIDALAM NAUNGAN RAHMAT ALLAH AZZAWAJALLA DAN SEMOGA KITA MENDAPAT SYAFAAT RASULILLAH SAW PADA HARI KIAMAT KELAK.

PADA KALI INI SAYA BERHASRAT UNTUK BERKONGSI SERBA SEDIKIT PENGETAHUAN SAYA MENGENAI MINYAK ZAITUN MELALAI PEMBACAAN SAYA, PENGALAMAN ORANG SEKELILING SAYA DAN DARIPADA PERTANYAAN SAYA KEPADA TUAN GURU SAYA.


Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah) dan campuran dadah sintetik. 

SEBELUM KITA PERGI JAUH ELOKLAH KIRANYA SAYA KELUARKAN BEBERAPA AYAT AL QURAN DAN HADIS MENGENAI KEHEBATAN YANG TELAH ALLAH LETAKKAN PADA BUAH ZAITUN INI.

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11) 

MINYAK ZAITUN ADALAH SALAH SATU DARIPADA LAUK PAUK RASULULLAH SAW KETIKA MANA BAGINDA SAW MASIH HIDUP SELAIN DARIPADA CUKA KURMA, KURMA, LABU, DELIMA DAN LAIN2 LAGI. SETIAP DARIPADA APA YANG DIMAKAN ATAU DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW PASTI ADA KELEBIHAN DAN HIKMAHNYA. KITALAH SEBAGAI UMATNYA SEHARUSNYA MENCONTOHI  RASULULLAH SAW 200% UNTUK MENDAPATKAN SYAFAAT DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT. 

SETERUSNYA, SAYA PERNAH DIBERITAHU OLEH GURU SAYA TENTANG BEBERAPA KELEBIHAN MINYAK ZAITUN. 
KATANYA MINYAK ZAITUN AMAT MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG DAN PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG.
SELEPAS DARIPADA KATA2 TERSEBUT SAYA MENCARI INFO MENGENAI MINYAK ZAITUN DARIPADA APA YANG SAYA BACA,
 BAHAWASANYA MINYAK ZAITUN ADALAH  LEMAK MONO TAK TEPU DAN ANTIOKSIDAN YANG MENGURANGKAN TAHAP LDL (BURUK) KOLESTEROL. JADI IA MELINDUNGI DIRI KITA TERHADAP PENYAKIT KARDIOVASKULAR DAN MASALAH JANTUNG YANG LAIN. IA JUGA MENGHALANG LEMAK TERSUMBAT DALAM ARTERI DAN MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG.
MINYAK ZAITUN JUGA DIBERITAHU KEPADA SAYA BOLEH MENCEGAH DARIPADA TERKENANYA KANSER ATAU SEBAGAI ANTI KANSER. SELAIN DARIPADA ITU, MINYAK ZAITUN BERKERKJA SEBAGAI MELICINKAN PERGERAKKAN TINJA DI DALAM USUS. JADI DISINI MENGIKUT PENGALAMAN BUNDA ANA YANG DIKASIHI, SEMENJAK BELIAU MENGAMALKAN  MINYAK ZAITUN ALHAMDULILLAH PERGERAKAN TINJA SEMAKIN MUDAH DARI HARI KE HARI.
SELAIN ITU,IA JUGA MENGURANG KADAR KOLESTROL DI DALAM BADAN KITA DAN MEMBANTU DALAM PENJAGAAN KULIT DAN MASALAH KULIT.
ASSALAMUALAIKUM.

Kesembuhan penyakit daripada ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

SELANDAS DENGAN PEGANGAN DAN MOTO YANG DIBAWA OLEH TERAPI ISLAM IBNU GHOZALI IAITU KESEMBUHAN MILIK ALLAH.
DISINI, ANA INGIN MEMBEBEL SEDIKIT MENGENAI PEGANGAN TERSEBUT YANG SEHARUSNYA SALAH SATU PRINSIP KEHIDUPAN DALAM HIDUP KITA.
DI DALAM KAEDAH PENGUBATAN DAN PERAWATAN ISLAM,KESEMBUHAN SESUATU PENYAKIT YANG DIHINGGAPI SESEORANG PESAKIT ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN PESAKIT ITU SENDIRI.
TANPA KEKUATAN YANG ADA PADA PESAKIT RIBUAN DOKTOR MAHUPUN TOBIB ATAUPUN PENGAMAL PERUBATAN TIDAK MAMPU MENCARI SOLUSI ANDA. KEKUATAN YANG ADA PESAKIT ITU HENDAKNYA ADA PADA SEGI MENTAL DAN JUGA FIZIKAL.
MISALANNYA KITA TIDAK ADA SAKIT KANSER TAPI KERANA TERLALU FIKIRKAN SAKIT TERSEBUT MAKA KEHIDUPAN KITA AKAN TERUS LEMAH DAN LEMAH.
BERBANDING PULA DENGAN ORANG YANG ADA KANSER TAPI TAK PERNAH FIKIR YANG DIA ADA KANSER INSHAALLAH KEHIDUPANNYA AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA.
SETERUSNYA, SETELAH ADA KEKUATAN PADA DIRI PESAKIT TERSEBUT DISARANKAN TERLEBIH DAHULU OLEH SETIAP PERAWAT UNTUK MENYAKINKAN ATAU MENYEDARKAN SEMULA KEPADA PESAKIT BAHAWASANYA SAKIT ITU ADALAH SALAH SATU TEGURAN ATAU KAFARAH DOSA DARIPADA ALLAH DAN INGATKAN BUKANLAH PERAWAT YANG MENYEMBUHKAN TETAPI ALLAH KITA HANYALAH SEBAGAI PENDOA YANG MENDOAKAN KESEMBUHAN MEREKA.
SUKALAH ANA MENGINGATKAN KEPADA SEKALIAN YANG ADA PERGILAH JUMPA SAPA PUN KALAU ALLAH TAK IZINKAN SEMBUH. TIDAK JUGA LAH SEMBUHNYA. JADI INGATLAH KESEMBUHAN MILIK ALLAH.


dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,


  

batuknya sehingga mengigil


ALHAMDULILLAH, ana baru sahaja lepas menyelesaikan satu rawatan yang dipercayai mempunyai gangguan dan menyebabkan pesakit itu batuk yg berterusan dan sakit sendi.

lalu, ana meruqyahkan dengan AYATUL QURANUL KARIM. Pesakit batuk-batuk dan melakukan kaedah tepuk badan pesakit secara perlahan-lahan dengan kain sambil dibaca berapa ayat penawar dan pesakit mengeluarkan lendir dan batuk .

ditanya kepada pesakit bagaimana keadaan badannya?

ALHAMDULILLAH DENGAN KEYAKINAN KESEMBUHAN MILIK ALLAH, ana mendapat jawapan yang menyenangkan.
badan2nya terasa ringan dan batuknya berkurangan.
telah diberi saranan  untuk mandi pada waktu selepas azan subuh dengan aromatheraphy akrine dan menelan madu fateh setiap pagi sebelum sarapan.

Semoga pesakit tadi diberikan kesembuhan dari ALLAH.

SELAMAT MENYAMBUT EIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM WMT
TERAPI ISLAM IBNU GOZALI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT EIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI.
TaqabbALLAHu Minna Wa Minkum, shiyaamana wa shiyamakum. Kullu’aamin wa antum bi khoir, Minal Aidzin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir & Batin

DISINI SEDIKIT PANDUAN KITA BERSAMA DIANTARA PERKARA YANG DIGALAKKAN UNTUK KITA LAKUKAN

1) Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat ALLAH.
2) Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
3) Percampuran di antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
4) Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
5) Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan ALLAH Azza Wajalla dan mengeratkan Silaturrahim.

PERKARA INI JUGA AMATLAH DIGALAKKAN KITA LAKUKAN BUKAN HANYA PADA BULAN SYAWAL TETAPI PADA SETIAP BULAN.

Selamat Menjalani Ibadat Puasa.

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

SALAM RAMADHAN KAREEM

Maaf lah atas kelewatan dalam memberi ucapan selamat berpuasa kepada entum semua dan sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana ALLAH telah memberi tugas2 tertentu yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

sedikit pengisian kepada entum semua yang sudi membaca tulisan jari jemari ini.

RAMADHAN telah berlalu lebih kurang 9 hari. semoga ianya mampu mengajar kita dalam medekati diri kita dengan ALLAH.

Dalam hadis ada menceritakan
Diriwayatkan dari Ka'ab bin Ujrah RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, Datanglah kamu ke mimbar". Kemudian kami datang. Maka, apabila beliau naik tangga pertama, beliau berkata, 'Amin, lalu apabila naik tangga kedua juga berkata, 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga yang ketiga, Baginda SAW pun berkata, 'Amin'.
Maka, ketika beliau turun kami berkata, Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar".

Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewati bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'.

Lalu, ketika aku naik tangga kedua dia berkata, “Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu.” Aku berkata, 'Amin'.

Bila aku melangkah naik tangga ketiga dia berkata, “Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke syurga'. Aku berkata, 'Amin'."
[HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban]

sahabat sekalian, adakah kita mahu menjadi orang yang di AMIN kan oleh BAGINDA SAW.
jika tidak mahu, AYUH lah kita istiqamah dalam bermujahadah mengapai redha ALLAH.

Di dalam bulan puasa ini perbnyakkanlah istighfar kita, perbanyakkanlah selawat kepada RASULLULAH 
masih ana teringat lagi TUAN GURU WAN ASRUL AL AYDRUS ketika ana menziarahinya pada pertama kali setlah mengikuti kuliah perubatannya. kata beliau ramai orang pada hari ini berzikir tapi tak ramai yg istighfar dan selawat.

Disini juga ana ingin memesan sesuatu jadikan lah istighfar dan selawat daripada salah satu kaedah entum semua untuk melindungi diri dpd gangguan jin dan sebagainya.

seterusnya juga ambillah kesempatan dalam bulan RAMADHAN ini untuk bertaubat diantara kelebihan bertaubat ialah MENGALAHKAN NAFSU YANG SENTIASA MENYURUH KITA KE ARAH KEJAHATAN.

saya selitkan kata2 TUAN GURU saya akan menjadi pedoman buat kita semua:-



DIDALAM BULAN PENUH BARAKAH INI, SELAIN DARIPADA AL QIAM, AS SHIAM DAN AL QURAN, PERBANYAKKAN MUNAJAT, SEDEKAH DAN TAUBAT .

Seumpamanya kita memakai serban, jubah berserta kain dan rida', alangkah indah jika kita memakai wangian, bercelak dan bersugi.


Shaum atau puasa, jika dilihat dari tiga patah huruf, iaitu SHOD, WAU, MIM.

Shod membawa erti Sabar.
Wau membawa erti Wara'. (Berjaga-jaga)
Mim membawa erti Muhsinin.


ASSALAMUALAIKUM WMT

MERAWAT ARTIS WANITA DAN ALHAMDULILLAH KAMI MENANG 1-0

ASSALAMUALAIKUM WMT

---TERLEBIH DAHULU ANA PERINGATKAN BAHAWA ANA MENCERITA KISAH INI UNTUK BERKONGSI SESAMA KITA AKAN PENGAJARAN YG DIDAPATI DALAM SESI RAWATAN ANA KALI INI.---

BERMULA KISAH DENGAN PERTANYAAN TEKNIK IKRAR PEMUTUS(AKRINE) YANG DIBACA OLEH PESAKIT-PESAKIT ANA.

SAMPAI SAHAJA GILIRANNYA DIA SEPERTI TERGAGAP DAN TERSANGKUT-SANGKUT SEMASA MEMBACA. 

ANA:- KNP KAK X NAMPAK KE? AKAK RABUN YE?
ARTIS:- X LA. AKAK OK JE.
ANA:- BESAR TU SAYA ZOOM KAN AYAT TU. ASAL PERKATAAN TU KECIK JE.
ARTIS:- TAKPE AKAK NAMPAK.
ANA:- TERUSKAN BACA.

RAWATAN DITERUSKKAN DENGAN MEMBERI MINUM AIR RUQYAH DAN MENYEMBUR MEREKA DENGAN AROMA TERPHY YG TELAH DIRUQYAH.

SESI RAWATAN DIMULAKAN DENGAN MEMBACA AYAT-AYAT RUQYAH. DIMULAKAN DENGAN MEMBACA AL FATIHAH SEHINGGA ABIS SEBANYAK 3 KALI. BACA SAHAJA AL FATIHAH UNTUK KALI YG KE-3, ARTIS INI MENUNJUKKAN REAKSI SEPERTI INGIN DIRASUK. ANA PUN TEPUK KAKI NYA UNTUK SEDARKANNYA SEBANYAK 3 KALI TEPUK KALI KE-3 DIA MARAH DAN SUARANYA BERBUNYI KASAR.
ANA CUBA TEKNIK UNTUK MENYEDARKANNYA BANYAK KALI NAMUN ARITS TU PUN DALAM ERTI KATA LAIN ARTIS NI TERLALU MELAYAN DAN DIA TAK KUAT UNTUK MELAWAN. 

ANA:- KAMU DATANG DARI MANA?
GANGGUAN:- AKU SIHIR. AKU TAK TAHU SAPA HANTAR AKU.
ANA:- DAH2. YE2 JE. KELUAR DARI TUBUH INI.
GANGGUAN:- TAK NAK AKU DAH DUDUK DALAM TUBUH NYA LAMA. AKU SAYANG DIA. AKU DAH BUAT KAT BADAN DIA MCM2.
ANA:- MCM2 JIN NI(DALAM HATI) DAH KELUAR KALAU X AKU PANCUNG ATAU SEMBELIH KAU.. 

SEBAGAI SALAH SATU ANCAMAN DAN MENGERUNKAN JIN ANA MEMBACA BEBERAPA AYAT AZAB.

ANA:- KELUAR2.
GANGGUAN:- (SAMBIL MENANGIS) TAK NAK KELUAR..... BAGI ANA INI IALAH MEMINTA SIMPATI DAN CUBAAN UNTUK BERBOHONG.
ANA:- BACA SURAH AS SOOFAT SAMPAI 21 KALI. 
GANGGUAN SEPERTI LEMAH DAN ANA BUAT PERCUBAAN UNTUK MENYEDARKAN PESAKIT KERANA PESAKIT TIDAK BOLEH DIRASUK TERLALU LAMA.

ANA:- AKAK... AKAK .. SEDAR2 (SAMBIL DIBERI BAU WANGIAN YG TELAH DIRUQYAH)
ARITS:- YE MAL. NI AKAK NI. 
ANA:-OK. AKAK G ANGKAT WUDUK SEKARANG. 
ARTIS:- JAP2. AKAK PERGY(SAMBIL DITEMANI OLEH AHLI KELUARGA ANGKATNYA)

KEDENGARAN SUARA DARI DAPUR...

SUARA:- AKMALLLLL .... DIA TAKNAK ANGKAT WUDUK.
ANA:- SURUH ANGKAT WUDUK JUGAK
SUARA;- OK...
GANGGUAN:- BUSUK NYA APA YANG KAU BAGI AKU NI. AKU JIN KAFIS TAK PAYAH TULIS ALLAH KAT DAHI AKU. BO***
ANA:- DAH 2 AKAK SEDAR. SAMBIL MELAKUKAN BEBERAPA KAEDAH.

ALHAMDULILLAH DIA SEDAR 
SUDAH PUKUL 11.30 MALAM. ANA PUN MCM X BERAPA ENAK NAK TERUS KAN RAWATAN KERANA HARI SUDAH LARUT MALAM.
JADI...

ANA:- AKAK SOLAT TAK?
ARTIS:- TAK. KALAU INGAT KEKASIH LAMA ATAU ADA MASALAH BARU SOLAT 

DARAH ANA PUN X DUDUK DIAM DAH DENGAR JAWPAN SEPERTI TU. LIDAH DAH MULA NAK BUKAK BICARA. 

ANA:- AKAK MANA BOLEH MCM TU ? PUNCA PENYAKIT AKAK NI BUKAN SEBAB ORG TAK SUKA AKAK KE ATAU APA2 YG LAIN YG MISTIK TU. TAPI PUNCA PENYAKIT AKAK IALAH -TAK SOLAT-

BEBELAN DEMI BEBELAN DIATURKAN DEMI ISLAM.

ANA:- AKAK MENGAJI?
ARTIS:- TAK. AKAK TAK TAHU. SETAKAT AL FATIHAH . 3 KUL BOLEH LAH. AKAK HAFAL.
ARTIS:- AKMAL AKAK NAK TANYA KNP BOLEH JADI MCMNI?

ANA TANPA MELENGGAHKAN MASA.

ANA:- TAK SOLAT. BILA TAK SOLAT KITA JAUH DENGAN ALLAH BILA KITA JAUH DENGAN ALLAH . KITA SUDAH LUPA ALLAH... BILA KITA LUPA ALLAH KITA LALAI.

ARTIS:- ANGGUK SAMBIL CUBA MEMAHAMI.

ANA :- OK BAIKLAH KAK. AKAK MANDI DENGAN SABUN ALBAYT NI?

ARTIS:- AKAK MANDI SATU HARI PUN BELUM TENTU LAGI. AKAK JARANG MANDI.

ANA:- ADUHHHHH.. PATUT LER ADA GANGGUAN. MANDI PUN X. ERMM  KENE BEBEL LAGI.

ANA:- OK KAK BAIKLAH MANDI SEKURANG 3 KALI DENGAN SABUN TU. PALING KURANG PUN 2 KALI. KALAU X SEMBUH KITA KENE BERUSAHA BERSUNGUH. OK. RENDAM NGN GARAM BUKIT SEKALI.

ANA:-KITA JUMPA ESOK YER

SESI ABIS DALAM PUKUL 1.00 PAGI AKIBAT DARI BEBELAN YG DIBERIKAN. NAMUN BEBEALAN ITU UNTUK MENYEDARKANNYA. DENGAN IZIN ALLAH

KEESOKKAN HARINYA ANA JUMPA LAGI DENGANNYA UNTUK TERUSKAN RAWATAN

ANA:- SOALAN PERTAMA YG DIAJUKAN MCM MNA? SEHAT? DAH MANDI? 
ARTIS:- DAH. 2 KALI AKAK MANDI ARINI. BANGGA BETUL AKAK NI

ANA:- OK KAK. SAYA HARI INI JUST NAK LEMAHKANGANGGUAN BEBERRAPA KAEDAH DILAKUKAN. ALHAMDULILLAH TIADA KERASUKKAN.
ANA TARIKLAH JIN MANA YANG PATUT. YG NAK KELUAR. HAMPIR JE NAK KENE RASUK. NAMUNANA BEKALKAN ZIKIR KEPADA NYA SUPAYA TAK MELAYAN GANGGUAN TERSEBUT.

KEESOKKAN MALAM NYA ANA DATANG.
 RAWATAN SEPERTI BIASA DILAKUKAN DIBACA RUQYAH BERULANG2 DAN ALHAMDULILLAH SELEPAS SAHAJA MEMBACA RUQYAH. ANA TANYA.

ANA:- AKAK OK KAN?
ARTIS;- AKAK OK.
ANA:- YES . KITA MENANG 1-0 JIN KALAH. UCAP ALHAMDULILLAH KAK . AKAK X MERASUK

ALHAMDULLILLAH RAWATAN DITERUSKAN DENGAN TEKNIK GANTUNG TANGAN DAN LAIN2 TEKNIK.

SEPANJANG RAWATAN ANA SENYUM TANDA KEGEMBIRAAN DAN AKAK ITU PUN ALHAMDULILLAH DAH SEMAKIN OK X KERASUKKAN.

PENGARJARAN DRPD SESI RAWATAN KALI INI IALAH:-
1. SOLAT LIMA WAKTU JGN DITINGGALKAN
2. BELAJAR LAH MENGAJI AL QURAN 
3. SEBAGAI SEORANG PERAWAT JGN BIARKAN PESAKIT DIRASUK. KALAU BOLEH JGN TERLALU LAMA.
4. PASTIKAN KITA MANDI. UNTUK HILANGKAN BAU BADAN. TERKADANG JIN MENGESAN KITA DENGAN BAU BADAN KITA.
5. LAZIMKAN BERWUDUK 
6. JAGA APA YANG PATUT DIJAGA SUPAYA KITA TERJAGA. ;)




























AIR RUQYAH SENDIRI... :)



ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

ANA BUKAN LAH ARIF DI DALAM BIDANG AMALAN NAMUN DEMIKIAN ADA AMALAN2 YANG BOLEH DI KONGSIKAN UNTUK KEGUNAAN KITA SEHARIAN.
DI ANTARA AMALAN KITA UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN IALAH MEMBUAT AIR RUQYAH SENDIRI...

INI ADALAH SALAH SATU KAEDAH YANG MENGALAKKAN PESAKIT ATAU BUKAN PESAKIT UNTUK BERIKHTIYAR DAN BERUSAHA DALAM USAHA UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN.

BAGAIMANA NAK BUAT AIR RUQYAH/SHIFA YER??

BEGINI, CARA YANG PALING MUDAH..

AMIBIL AIR(TAK KESAH AIR APA PUN... YANG PENTING AIR YANG BOLEH DIMINUM DAN TIDAK DICAMPUR DENGAN APA-APA UNSUR......
 CONTOHNYA AIR ZAM ZAM AIR MINERAL)

BACAKAN PADA AIR DENGAN:-

AL FATIHAH 
AYATUL  KURSI
SURAH AL IKHLAS 
SURAT AL FALAQ
SURAH AN NASS

ULANG LAH SETIAP AYAT TU 3 KALI PUN TAK PE...

KALAU NAK SENANG BELI AIR MINERAL SATU KOTAK.. RUQYAH KAN SATU KOTAK TU...
GANTIKAN IA DENGAN AIR MINERAL YANG SELALU KITA MINUM TU... SO JAI LAH AIR MINERAL RUQYAH /SHIFA.....

NIATKANLAH KERANA ALLAH UNTUK MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH DAN UTAMANYA REDA ALLAH..

ALLAHUYASHFIKK
...










JOM BACA


ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

PADA MULANYA ANA BARU JE BALIK DRPD KOLEJ KE RUMAH. JADI ANA RASA MCM LETIH DAN TERTIDUR DI KERUSI LUAR,,,
LALU DTG LAH JIRAN ANA MEMBERITAHU SUAMI SUDAH BERSEDIA UNTUK DIRAWAT...
ANA TANPA BERFIKIR TERUS LER TANYA
SUAMI ACIK TENGAH OK KAN??
DICAKAP JANGAN RISAU SETELAH MAKAN PIL PENAWAR AKRINE YANG TELAH DIBELI DARI ANA SUAMINYA SEMAKIN OK LAHH... TIDAK MERACAU, TIDAK MENGAMUK... ALHAMDULILLAH DA ELOK LA TU...
NAMUN, ANA KUAT KAN DIRI MENYIAPKAN DIRI APA YANG PATUT DISIAPKAN..
RUMAHNYA TAK JAUH PUN..
ANA BAGI SALAM
MASUK JE RUMAH ANA DISAMBUT BAIK OLEH SUAMINYA...
JADI MULALAH SESI RAWATAN...
DIBACAKAN AYAT2 RUQYAH, DAN KAEDAH2 YANG SEPATUTNYA...
SESI PERTANYAAN DIMULAKAN
TANYA PUNYA TANYA ADA RUPANYA... JIN SAKA DAN ASYIK DARI ZAMAN MUDO LAYI...
DENGAN IZIN ALLAH ANA HANYA GUNA TEKNIK DIALOG TANGAN(SALAH SATU KAEDAH AKRINE)
SESI ITU BERJALAN DENGAN PENUH RILEKS TANPA MARAH2 TANPA TENSION,,
NAMUN DISERANG SECARA HENDAP.. BIASA LAH JIN X PUAS HATI... TETIBA PENING DAN LEMAH BADAN ANA. NAMUN ANA PUN PERKUAT KAN PERTAHANAN DENGAN IZIN ALLAH ANA PUN APA LAGI ANA MINTA ALLAH AZAB SEMUA JIN YG DEGIl BEBENOR NI...
DENGAN IZIN ALLAH ANA TANYA NAK KELUAR TAK??
ALHAMDULILLAH ADA YANG NAK KUAR...

ANA KUARKANLAH APA YANG PATUT DAN ANA RUQYAH KEPALANYA DAN DADANYA DENGAN SURAH AL FATIHAH....
TERINGAT AKAN KEHEBATAN SURAT AL FATIHAH NI..

SEHINGGA SEKARANG ALHAMDULILLAH DA SAMPAI KE MEKAH DAN SUAMI ISTERI NI.... BUAT UMRAH... RAWATAN SUSULAN DENGAN ANA DIA SELALU JUGAK BUAT...
DENGAR NYA SUAMINYA NAK BEKAM... TAKPE NANTY SAYA BALIK SANA,,, ANA URUSKAN YER.... :)
:) :)

YANG MENYEBABKAN  DIA SELALU MENGAMUK ADA DUA FAKTOR
1. URUSAN KEWANGAN
2. JIN ITU SENDIRI

HANYA BERKONGSI MANA YANG PATUT.....










LAGY GAMBAR BEKAM


ALHAMDULILLAH ARINI ADA ORG BEKAM TAPI DIA BEKAM KAT TANGAN JE... DULU MASA FIRST TIME DARAH KELUAR SIKIT JE ... NAMUN SELEPAS TEMU JANJI YANG KEDUA NI DARAH KOTOR BANYAK KELUAR.....

SABUN BIDARA RUQYAH


ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD



AIKK SABUN APE PULAK NI AKMAL????

HAAA..... NI LAH DIA SAYA PERKENALKAN SABUN BIDARA RUQYAH SESUAI KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH GANGGUAN MAKHLUK HALUS, TERUTAMANYA
MEREKA YANG TERKENA SIHIR ATAUPUN SANTAU.

INSHAALLAH, SEGALANYA MILIK ALLAH ANA HARAP DENGAN WUJUDNYA SABUN RUQYAH INI ALLAH SWT MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA... 

HARGANYA RM 10 SAHAJA

CARA MENDAPATKAN NYA MESEJ ANA ATAU TEL

MESEJ:-
NAMA<>ALAMAT<>PERMINTAAN/MASALAH<>JUMLAH
HANTAR KE NOMBOR 0134421597

TEL ANA DI TALIAN 
0134421597