• AHLAN BIKUM KE TIIG

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah. Sila hubungi saya, Ust Akmal melalui talian 013-442 1597 (24 jam) dan email mualijakmal@gmail.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • AIR HERBA ZAAFARAN TIIG

    Zaafaran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif dan juga peransang tenaga batin.Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya tahan menghadapi pelbagai penyakit.

  • AROMA TERAPI

    Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam. Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

  • SABUN RESDUNG

    Sabun Resdung 2013- dikenali dengan nama Sabun al-Waqiah (Sinusitis soap) ini diperbuat dari ekstrak buah bunga Tanjung, kulit kayu manis dan herba terpilih. Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan pada semua peringkat usia. ANTARA KEGUNAAN: Merawat resdung; Menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung; Menghilangkan jeragat pada muka; Merawat dan menghilangkan jerawat; Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya.

  • BEKAM/ AL-HIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

  • URUTAN BADAN

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • TERAPI GUASA

    Urutan Terapi Tradisional Cina yang sangat baik untuk masalah demam, dan mengeluarkan energy-energy negatif dari tubuh badan anda! Insya Allah akan berpuas hati. Terapi Guasa juga boleh digabungkan dengan PemBEKAMan Insya Allah.

  • RAWATAN RESDUNG/ GHURAH

    Kami menawarkan khidmat ghurah @ ghorah @ gurah bagi mengubati penyakit resdung anda. Sedikit penerangan ringkas berkenaan resdung. Penyakit resdung yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Di antara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah : Batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan; Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam; Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka.

:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rasmi Terapi Islam Ibnu Ghozali [TIIG] :::: Syukran dan Terima Kasih :::: Sama-sama doakan kesembuhan dariNya Yang Maha Mendengar ::: Sila SMS/ Tel 013-442 1597 [24 jam] bagi tujuan janji temu rawatan :::

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI (1)

Posted by mualij akmal On 20:58 | No comments

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI (1)


Nama Syeikh Abdul Qadir al-Jailani tidak asing lagi dalam dunia Islam. Beliau dikenali sebagai Sultan para wali (Sultanul awliya') dan berketurunan Nabi Muhammad menerusi Saidina Hasan bin Fatimah binti Rasulillah saw. Namun tahukah anda bagaimana kisah ibubapanya sehingga melahirkan anak yang menjadi penghulu segala wali ini. Ia bermula dari ketakwaan bapanya yang bernama Abu Salih. Ikuti kisahnya seperti yang berikut.

Abu Salih seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Oleh kerana terlalu lapar beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan separuh epal tesebut, beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mengemudi kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa dengan tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Sheikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Sheikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....
Namun!... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!
Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.
Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Sheikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.
Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, tuli dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan tuli boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan.

Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.
Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Sheikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........

Shaikh Sawma'I : Ya benar...! Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!

Kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini sehingga mereka dikurniakan cahayamata bernama Abdul Qadir al-Jailani yang kemudiannya dikenali sebagai Sultanul Awliya’(Penghulu segala Wali).

Ketika bayi , Sh.Abdul Qadir di bulan Ramadhan enggan menyusu badan ibunya disiang hari, beliau menyusu pada waktu malam sahaja. Apabila Sh.Abdul Qadir telah mencapai usia untuk dihantar ke madrasah.Ibunya menghantar ke rumah guru agama. Setiap kali pulang dari mengaji, beliau meminta ibunya makan...

Bersambung....


Al Fakir memetik kisah ini daripada Tuan Guru Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

MAJLIS SELAWAT RASULULLAH DI KUIM

Posted by mualij akmal On 04:55 | No comments
Assalamualaikum. kepada semua pembaca yang sempat membuka blog saya ini. saya menjemput Tuan/Puan ke Majlis ini Pada Ahad 14/09.2014 dihadiri oleh Ulama Yaman yang boleh berbahasa melayu anak murid kepada Habib Umar al Hafidz.

Tentatif:-

6.30 Malam :- Bacaan Wirdul Latif serta Penijazahannya oleh Habib Abdullah Jahaf
7.15 Malam :- solat maghrib
7.30 Malam :- Bacaan Ratibul Hadad
8.00 Malam:- solat Isyak
9.00 Malam :- bergerak ke tapak karnival kuim, Gelanggang sepak Takraw
                    :- Maulid dan qasidah berserta tausiah
                    :- Pengijazahan Umum Hadis Musalsal BIL MAHABBAH
11.00 Malam:- Bersurai

KEMBALINYA SEORANG ULAMA RABBANI

Posted by mualij akmal On 20:38 | No comments
Telah kembalilah ke Hadrat Rabbul Halimul Ghaffur, seorang pejuang kebenaran dan pembawa panji kecintaan. Guru kita dan kekasih kita. Guru Besar Thoriqah Naqsyabandiah Haqqani, Al Allamah Al Futuhul Haq Al Aarif As Shomadani Qhutubul Aalam Syiadu Syeikh Nazim Al Haqqani An Naqsyabandi.

Perhatian penting!!!

Posted by mualij akmal On 23:42 | No comments
Assalamualaikum wmt 

kepada semua pembeli2 sabun yang diedarkan oleh saya samada sabun dari keluaran TIB atau keluaran akrine.Anda semua jangan khuatir dengan pembelian anda. semua pesanan anda akan terus diposkan.jika ianya lewat anda boleh rujuk pada saya semula atau nombor code pos yang telah saya berikan kepada anda.maaf, cuma pada pihak saya mungkin akan lewat menghantar kerana kekangan waktu yang ALLAH swt berikan pada saya.

Sehubungan dengan itu, pada masa kini TERAPI ISLAM IBNU GHOZALI membuka tawaran hanya pada sabun tertentu sahaja buat masa kini iaitu :-

1. sabun al bayt
2. sabun ros bidara
3. sabun bidara ruqyah akrine.

Rawatan sihir,saka, dan sebagainya dan terapi bekam masih berjalan seperti biasa. Cuma anda diminta telefon saya untuk membuat TEMUJANJI.



BUKU ILMIAH

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] On 23:32 | No comments
INSYA ALLAH, bagi yang berhajat dengan buku-buku ilmiah terbitan PEKDIS pusat iaitu Bahagian Pendidikan Islam BPI bolehlah berhubung dengan saya di talian 016-958 5423 [Ust Rosdi]. Harga sebuah buku hanyalah RM10.00 sahaja. Jika melibatkan pos, caj pos RM5.00 sahaja.

Pembelian online boleh dibuat dengan pembayaran ke akaun Maybank 164687004480, usai bank in sila SMS/ Whats App ke 016-958 5423 nama dan alamat penuh penghantaran.

Buku KULTIM 3 minit amat sesuai digunakan dalam sesi tazkirah ringkas selama 3 minit sebelum selesai perhimpunan. Sesungguhnya anak-anak kita rindukan dan dahagakan ilmu agama. Manakala buku Senipis Qithmir Kurma adalah bingkisan kisah-kisah guru-guru yang berjaya memberikan sesuatu kepada anak didiknya sehingga ada antara mereka menjadi Timbalan Menteri dan lain-lain cerita.

PENGAMBILAN PELAJAR DIPLOMA DARUL ANSAR 2014 KALI KE-6


Assalamualaikum WBT

Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA telah dibuka sekarang.

Bagi yang berminat sila daftar diri di cawangan yang berhampiran:

1. Melaka : 013-611 1706
2. Negeri Sembilan : 017-200 8467 / 010-533 5357
3. Kluang, Johor : 019-715 8888
4. Putrajaya SEL : 019-286 9670
5. Temerloh, PHG : 019-988 5781
6. Kuantan, PHG : 012-921 7722
7. Sg Petani KEDAH : 012-583 5474 / 012-963 6506
8. Taiping PERAK : 013-474 2240
9. Kuala Lumpur : 016-226 7020
10. Kelantan : 019-924 2519

Kuliah Pengubatan Islam akan bermula pada bulan Februari 2014.

t-SHIRT PENGUBATAN ISLAM

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] On 17:45 | No comments
INSYA ALLAH, sesiapa yang berminat bolehlah order dengan saudara Khairul. Insya Allah membantu sahabat-sahabat menggayakan t-shirt ini.


IKHTIAR RAWATAN

Terapi Islam Ibnu Ghozali [TIIG] ini dikelolakan oleh Ustaz Akmal secara part time sahaja. Semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
Ust Akmal
Tel : 013-442 1597

Felda Titi
Seremban, N. Sembilan