PERKONGSIAN ILMU

ASSALAMUALAIKUM WMT

TERGERAK HATI INI UNTUK BERKONGSI SATU ARTIKEL YANG TELAH DIKONGSI OLEH TUAN GURU ANA USTAZ WAN ASRUL AL AYDRUS DALAM FACEBOOKNYA IAITU:-
  1. Rumah ada gangguan makhluk halus? 
  2. Diri dan keluarga dirundung gangguan makhluk halus? 
  3. Sihir mengelilingi kehidupan? 
  4. Saka beribu dalam badan?
  5. Dah amal macam-macam, tapi gangguan masih lagi kuat... 
  6. Apa nak buat? What to do?

Mudah sahaja...

Beli cermin tinggi, boleh cerminkan dari kepala hingga ke kaki...

Pandang cermin tersebut dengan teliti, cuba tanya pada diri...
  1. Adakah wajah ini calon Ahli Syurga?
  2. Adakah diri ini golongan yang benar-benar beriman?
  3. Adakah cukup bekalan aku ini untuk mengadap ZAT PEMILIK SEKALIAN ALAM?
  4. Selamatkah aku dan keluargaku dari Api Neraka dan Kemurkaan ALLAH?
Jika jawapan semuanya TIDAK, maka, usahakanlah supaya ianya menjadi YA.

InsyaALLAH, saka, sihir, gangguan jin, jembalang mahupun dewa atau batara guru sekalipun akan sirna sepertimana sirnanya debu ditiup angin.

:: inilah yang sepatutnya kita risaukan :)

Iman Sebagai Tanah yang Subur

Iman Sebagai Tanah yang Subur.

AlQuran mengibaratkan iman sebagai tanah yang subur. demikian pula, kesyirikan dan lainnya sebagai tanah yang tandus, kering dan sebagainya, jika di tanam satu jenis tanaman maka, tanaman itu tidak bisa tumbuh, begitulah keadaan seseorang tanpa iman.
Profesor hamka mengatakan Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun lahirmya sebuah tamadun yang kuat,teguh, dan mencapai kebahagiaan dengan syarat tamadun tersebut dibina atas keimanan, ketaqwaan dan amal salih. 
Hal ini jelas ternyata dalam ayat- ayat cinta ALLAH AZZAWAJALLA kepada kita iaitu :-

والبلد الطيب يخرج نباته باءذن ربه

والذى خبث لا يخرج الانكد

كذلك نصرف الاءيت لقوم يشكرون... ٥٨
maksudnya:-

’’ Dan negeri yang baik (tanahnya), tanamannya tumbuh (subur) dengan izin ALLAH dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh (tanaman nya) melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat tanda kemurahan dan kekuasaan Kami dengan berbagai-bagai cara bagi orang yang mahu bersyukur.

Adapun naik dan turun, jatuh dan bangun sesuatu tamadun berdasarkan beberapa faktor
1) iman
2) taqwa
3) amal salih

atau

KUFUR.

Sesuatu tamadun itu akan berkembang maju seiring dengan peningkatan iman, sebaliknya tamadun akan mundur dan akan menuju ke lembah kehancuran apabila lunturnya iman dan ia digantikan dgn kekufuran.