BICARA RAWATAN 2

BICARA TIIG 2:- DUIT ATAU TOLONG.

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH azzawajalla dengan izin dan limpah kurnianya ALLAH telah memberi peluang kepada sang fakir yang hina sering memBuat silap ini menulis untuk kefahaman orang ramai dan satu jalan untuk kita semua berfikir. Diperingatkan segala yang sang fakir tulis.disini ianya daripada guru-guru sang fakir yang ada di sang fakir war-warkan ataupun tidak.

ALLAHUma solli’ala Saiyidina Wa maulana MUHAMMAD.

Berbalik kepada apa yang ingin dibincangkan iaitu "DUIT atau TOLONG".

Masakini perubatan islam tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. AlhamduLLILAH, sang fakir kira ini ada lah satu   perkara yang baik untuk membantu masyarakat kita pada hari ini dalam mengikhtiar kesembuhan dan mencari redhaALLAH.

ala kulli hal,
duit sering dikaitkan dari perubatan masa dulu hinggalah sekarang. Ada yang panggil sebagai duit penggeras, ada juga yang panggil sedekah, ada yang panggil hadiah rawatan dan pelbagai lagi jika ada. Namun, adakah ianya ’diwajibkan’ untuk memberi kepada seorang perawat.

Pernah saya dengar daripada datuk saya menceritakan kepada saya orang dahulu kala/mungkin zaman ini masih ada yang mengamalkannya bahawa perlu kepada memberi pengeras atau duit supaya tukang perawat tidak kesakitan semula.

Apabila difikirkan semula? ianya tidak berkaitan langsung. jika ya, sekalipun ia amat berkaitan mungkin berkaitan dengan jin atau gangguan. jika tidak, ianya sekadar adat atau petua orang-orang tua.
Sebagai contohnya,jika ianya menggunakan telur ayam kampung mesti kene bagi kepada perawat duit 5 sen ,pisau dan ayam kampung. sebagai contohnya. ianya hanya contoh ya sidang pembaca sekalian.
selesai.

Dalam perubatan islam konsep duit bukanlah keperluan utama,ianya perkara yang kesepuluh keduapuluh dan ketiga puluh.

Dalam konsep islam, PERTOLONGAN amat diutamakan bukan duit.
pertolongan yang bagaimana?
Adakah pertolongan dengan menghantui pesakit dengan jin sahaja?
Pertolongan yang sebenar-benarnya ialah ambil dan tarik semula mereka iaitu pesakit ke tali agama ALLAH. INILAH pesanan Guru sang fakir setiap kali dalam ceramahnya.
saya mohon kepada sidang pembaca sekalian keluarkan diri kita daripada cerita-cerita hantu,mistik dan pelbagai lagi yang pelik ataupun menceritakan cerita-cerita yang tidak sesuai kepada orang ramai.


saya hanya menyambung apa yang tuan guru-tuan guru saya sampaikan.


habis tu macamana dengan orang yang minta upah tu akmal?

ok baiklah, begini jika ia melakukan sesuatu kerja mereka layak mendapat upahnya.
seperti bekam , urut, akunputur dan lain-lain2 lagi.
Rasulullah juga membayar upah kepada orang yang membekamnya.
ada juga nabi bersabda bayar upah orang tu sebelum kering air peluhnya.
namun kepada perawat jangan letak harga yang melampau2 tingginya. sedang kan ianya taklah seberapa.
ok baiklah jelas? jika tidak boleh faham tinggalkan soalan dibahagian komen.

Teruskan selawat ke atas baginda Nabi MUHAMMAD SOLALLAHU ALAHI WASALAM.

fikirkanlah semula apa yang saya sampaikan kepada entum semua.

No comments:

Post a Comment