batuknya sehingga mengigil


ALHAMDULILLAH, ana baru sahaja lepas menyelesaikan satu rawatan yang dipercayai mempunyai gangguan dan menyebabkan pesakit itu batuk yg berterusan dan sakit sendi.

lalu, ana meruqyahkan dengan AYATUL QURANUL KARIM. Pesakit batuk-batuk dan melakukan kaedah tepuk badan pesakit secara perlahan-lahan dengan kain sambil dibaca berapa ayat penawar dan pesakit mengeluarkan lendir dan batuk .

ditanya kepada pesakit bagaimana keadaan badannya?

ALHAMDULILLAH DENGAN KEYAKINAN KESEMBUHAN MILIK ALLAH, ana mendapat jawapan yang menyenangkan.
badan2nya terasa ringan dan batuknya berkurangan.
telah diberi saranan  untuk mandi pada waktu selepas azan subuh dengan aromatheraphy akrine dan menelan madu fateh setiap pagi sebelum sarapan.

Semoga pesakit tadi diberikan kesembuhan dari ALLAH.

SELAMAT MENYAMBUT EIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM WMT
TERAPI ISLAM IBNU GOZALI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT EIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI.
TaqabbALLAHu Minna Wa Minkum, shiyaamana wa shiyamakum. Kullu’aamin wa antum bi khoir, Minal Aidzin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir & Batin

DISINI SEDIKIT PANDUAN KITA BERSAMA DIANTARA PERKARA YANG DIGALAKKAN UNTUK KITA LAKUKAN

1) Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat ALLAH.
2) Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
3) Percampuran di antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
4) Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
5) Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan ALLAH Azza Wajalla dan mengeratkan Silaturrahim.

PERKARA INI JUGA AMATLAH DIGALAKKAN KITA LAKUKAN BUKAN HANYA PADA BULAN SYAWAL TETAPI PADA SETIAP BULAN.