Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts

PERKONGSIAN ILMU

ASSALAMUALAIKUM WMT

TERGERAK HATI INI UNTUK BERKONGSI SATU ARTIKEL YANG TELAH DIKONGSI OLEH TUAN GURU ANA USTAZ WAN ASRUL AL AYDRUS DALAM FACEBOOKNYA IAITU:-
  1. Rumah ada gangguan makhluk halus? 
  2. Diri dan keluarga dirundung gangguan makhluk halus? 
  3. Sihir mengelilingi kehidupan? 
  4. Saka beribu dalam badan?
  5. Dah amal macam-macam, tapi gangguan masih lagi kuat... 
  6. Apa nak buat? What to do?

Mudah sahaja...

Beli cermin tinggi, boleh cerminkan dari kepala hingga ke kaki...

Pandang cermin tersebut dengan teliti, cuba tanya pada diri...
  1. Adakah wajah ini calon Ahli Syurga?
  2. Adakah diri ini golongan yang benar-benar beriman?
  3. Adakah cukup bekalan aku ini untuk mengadap ZAT PEMILIK SEKALIAN ALAM?
  4. Selamatkah aku dan keluargaku dari Api Neraka dan Kemurkaan ALLAH?
Jika jawapan semuanya TIDAK, maka, usahakanlah supaya ianya menjadi YA.

InsyaALLAH, saka, sihir, gangguan jin, jembalang mahupun dewa atau batara guru sekalipun akan sirna sepertimana sirnanya debu ditiup angin.

:: inilah yang sepatutnya kita risaukan :)

Iman Sebagai Tanah yang Subur

Iman Sebagai Tanah yang Subur.

AlQuran mengibaratkan iman sebagai tanah yang subur. demikian pula, kesyirikan dan lainnya sebagai tanah yang tandus, kering dan sebagainya, jika di tanam satu jenis tanaman maka, tanaman itu tidak bisa tumbuh, begitulah keadaan seseorang tanpa iman.
Profesor hamka mengatakan Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun lahirmya sebuah tamadun yang kuat,teguh, dan mencapai kebahagiaan dengan syarat tamadun tersebut dibina atas keimanan, ketaqwaan dan amal salih. 
Hal ini jelas ternyata dalam ayat- ayat cinta ALLAH AZZAWAJALLA kepada kita iaitu :-

والبلد الطيب يخرج نباته باءذن ربه

والذى خبث لا يخرج الانكد

كذلك نصرف الاءيت لقوم يشكرون... ٥٨
maksudnya:-

’’ Dan negeri yang baik (tanahnya), tanamannya tumbuh (subur) dengan izin ALLAH dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh (tanaman nya) melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat tanda kemurahan dan kekuasaan Kami dengan berbagai-bagai cara bagi orang yang mahu bersyukur.

Adapun naik dan turun, jatuh dan bangun sesuatu tamadun berdasarkan beberapa faktor
1) iman
2) taqwa
3) amal salih

atau

KUFUR.

Sesuatu tamadun itu akan berkembang maju seiring dengan peningkatan iman, sebaliknya tamadun akan mundur dan akan menuju ke lembah kehancuran apabila lunturnya iman dan ia digantikan dgn kekufuran.

Minyak zaitun

MiNyAk ZaiTuN

ASSALAM WMT 
SEMOGA KALIAN BERADA DIDALAM NAUNGAN RAHMAT ALLAH AZZAWAJALLA DAN SEMOGA KITA MENDAPAT SYAFAAT RASULILLAH SAW PADA HARI KIAMAT KELAK.

PADA KALI INI SAYA BERHASRAT UNTUK BERKONGSI SERBA SEDIKIT PENGETAHUAN SAYA MENGENAI MINYAK ZAITUN MELALAI PEMBACAAN SAYA, PENGALAMAN ORANG SEKELILING SAYA DAN DARIPADA PERTANYAAN SAYA KEPADA TUAN GURU SAYA.


Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah) dan campuran dadah sintetik. 

SEBELUM KITA PERGI JAUH ELOKLAH KIRANYA SAYA KELUARKAN BEBERAPA AYAT AL QURAN DAN HADIS MENGENAI KEHEBATAN YANG TELAH ALLAH LETAKKAN PADA BUAH ZAITUN INI.

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11) 

MINYAK ZAITUN ADALAH SALAH SATU DARIPADA LAUK PAUK RASULULLAH SAW KETIKA MANA BAGINDA SAW MASIH HIDUP SELAIN DARIPADA CUKA KURMA, KURMA, LABU, DELIMA DAN LAIN2 LAGI. SETIAP DARIPADA APA YANG DIMAKAN ATAU DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW PASTI ADA KELEBIHAN DAN HIKMAHNYA. KITALAH SEBAGAI UMATNYA SEHARUSNYA MENCONTOHI  RASULULLAH SAW 200% UNTUK MENDAPATKAN SYAFAAT DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT. 

SETERUSNYA, SAYA PERNAH DIBERITAHU OLEH GURU SAYA TENTANG BEBERAPA KELEBIHAN MINYAK ZAITUN. 
KATANYA MINYAK ZAITUN AMAT MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG DAN PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG.
SELEPAS DARIPADA KATA2 TERSEBUT SAYA MENCARI INFO MENGENAI MINYAK ZAITUN DARIPADA APA YANG SAYA BACA,
 BAHAWASANYA MINYAK ZAITUN ADALAH  LEMAK MONO TAK TEPU DAN ANTIOKSIDAN YANG MENGURANGKAN TAHAP LDL (BURUK) KOLESTEROL. JADI IA MELINDUNGI DIRI KITA TERHADAP PENYAKIT KARDIOVASKULAR DAN MASALAH JANTUNG YANG LAIN. IA JUGA MENGHALANG LEMAK TERSUMBAT DALAM ARTERI DAN MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG.
MINYAK ZAITUN JUGA DIBERITAHU KEPADA SAYA BOLEH MENCEGAH DARIPADA TERKENANYA KANSER ATAU SEBAGAI ANTI KANSER. SELAIN DARIPADA ITU, MINYAK ZAITUN BERKERKJA SEBAGAI MELICINKAN PERGERAKKAN TINJA DI DALAM USUS. JADI DISINI MENGIKUT PENGALAMAN BUNDA ANA YANG DIKASIHI, SEMENJAK BELIAU MENGAMALKAN  MINYAK ZAITUN ALHAMDULILLAH PERGERAKAN TINJA SEMAKIN MUDAH DARI HARI KE HARI.
SELAIN ITU,IA JUGA MENGURANG KADAR KOLESTROL DI DALAM BADAN KITA DAN MEMBANTU DALAM PENJAGAAN KULIT DAN MASALAH KULIT.
ASSALAMUALAIKUM.

Kesembuhan penyakit daripada ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

SELANDAS DENGAN PEGANGAN DAN MOTO YANG DIBAWA OLEH TERAPI ISLAM IBNU GHOZALI IAITU KESEMBUHAN MILIK ALLAH.
DISINI, ANA INGIN MEMBEBEL SEDIKIT MENGENAI PEGANGAN TERSEBUT YANG SEHARUSNYA SALAH SATU PRINSIP KEHIDUPAN DALAM HIDUP KITA.
DI DALAM KAEDAH PENGUBATAN DAN PERAWATAN ISLAM,KESEMBUHAN SESUATU PENYAKIT YANG DIHINGGAPI SESEORANG PESAKIT ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN PESAKIT ITU SENDIRI.
TANPA KEKUATAN YANG ADA PADA PESAKIT RIBUAN DOKTOR MAHUPUN TOBIB ATAUPUN PENGAMAL PERUBATAN TIDAK MAMPU MENCARI SOLUSI ANDA. KEKUATAN YANG ADA PESAKIT ITU HENDAKNYA ADA PADA SEGI MENTAL DAN JUGA FIZIKAL.
MISALANNYA KITA TIDAK ADA SAKIT KANSER TAPI KERANA TERLALU FIKIRKAN SAKIT TERSEBUT MAKA KEHIDUPAN KITA AKAN TERUS LEMAH DAN LEMAH.
BERBANDING PULA DENGAN ORANG YANG ADA KANSER TAPI TAK PERNAH FIKIR YANG DIA ADA KANSER INSHAALLAH KEHIDUPANNYA AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA.
SETERUSNYA, SETELAH ADA KEKUATAN PADA DIRI PESAKIT TERSEBUT DISARANKAN TERLEBIH DAHULU OLEH SETIAP PERAWAT UNTUK MENYAKINKAN ATAU MENYEDARKAN SEMULA KEPADA PESAKIT BAHAWASANYA SAKIT ITU ADALAH SALAH SATU TEGURAN ATAU KAFARAH DOSA DARIPADA ALLAH DAN INGATKAN BUKANLAH PERAWAT YANG MENYEMBUHKAN TETAPI ALLAH KITA HANYALAH SEBAGAI PENDOA YANG MENDOAKAN KESEMBUHAN MEREKA.
SUKALAH ANA MENGINGATKAN KEPADA SEKALIAN YANG ADA PERGILAH JUMPA SAPA PUN KALAU ALLAH TAK IZINKAN SEMBUH. TIDAK JUGA LAH SEMBUHNYA. JADI INGATLAH KESEMBUHAN MILIK ALLAH.


dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,


  

Selamat Menjalani Ibadat Puasa.

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

SALAM RAMADHAN KAREEM

Maaf lah atas kelewatan dalam memberi ucapan selamat berpuasa kepada entum semua dan sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana ALLAH telah memberi tugas2 tertentu yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

sedikit pengisian kepada entum semua yang sudi membaca tulisan jari jemari ini.

RAMADHAN telah berlalu lebih kurang 9 hari. semoga ianya mampu mengajar kita dalam medekati diri kita dengan ALLAH.

Dalam hadis ada menceritakan
Diriwayatkan dari Ka'ab bin Ujrah RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, Datanglah kamu ke mimbar". Kemudian kami datang. Maka, apabila beliau naik tangga pertama, beliau berkata, 'Amin, lalu apabila naik tangga kedua juga berkata, 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga yang ketiga, Baginda SAW pun berkata, 'Amin'.
Maka, ketika beliau turun kami berkata, Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar".

Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewati bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'.

Lalu, ketika aku naik tangga kedua dia berkata, “Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu.” Aku berkata, 'Amin'.

Bila aku melangkah naik tangga ketiga dia berkata, “Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke syurga'. Aku berkata, 'Amin'."
[HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban]

sahabat sekalian, adakah kita mahu menjadi orang yang di AMIN kan oleh BAGINDA SAW.
jika tidak mahu, AYUH lah kita istiqamah dalam bermujahadah mengapai redha ALLAH.

Di dalam bulan puasa ini perbnyakkanlah istighfar kita, perbanyakkanlah selawat kepada RASULLULAH 
masih ana teringat lagi TUAN GURU WAN ASRUL AL AYDRUS ketika ana menziarahinya pada pertama kali setlah mengikuti kuliah perubatannya. kata beliau ramai orang pada hari ini berzikir tapi tak ramai yg istighfar dan selawat.

Disini juga ana ingin memesan sesuatu jadikan lah istighfar dan selawat daripada salah satu kaedah entum semua untuk melindungi diri dpd gangguan jin dan sebagainya.

seterusnya juga ambillah kesempatan dalam bulan RAMADHAN ini untuk bertaubat diantara kelebihan bertaubat ialah MENGALAHKAN NAFSU YANG SENTIASA MENYURUH KITA KE ARAH KEJAHATAN.

saya selitkan kata2 TUAN GURU saya akan menjadi pedoman buat kita semua:-



DIDALAM BULAN PENUH BARAKAH INI, SELAIN DARIPADA AL QIAM, AS SHIAM DAN AL QURAN, PERBANYAKKAN MUNAJAT, SEDEKAH DAN TAUBAT .

Seumpamanya kita memakai serban, jubah berserta kain dan rida', alangkah indah jika kita memakai wangian, bercelak dan bersugi.


Shaum atau puasa, jika dilihat dari tiga patah huruf, iaitu SHOD, WAU, MIM.

Shod membawa erti Sabar.
Wau membawa erti Wara'. (Berjaga-jaga)
Mim membawa erti Muhsinin.


ASSALAMUALAIKUM WMT