Selamat Menjalani Ibadat Puasa.

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
BISMILLAH dimulakan dengan nama ALLAH
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD selawat ke atas NABI JUNJUNGAN JIWA...

ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL...
SEMUA URUSAN SUDAH DIMUDAHKAN OLEH'NYA' DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN..

ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD

SALAM RAMADHAN KAREEM

Maaf lah atas kelewatan dalam memberi ucapan selamat berpuasa kepada entum semua dan sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana ALLAH telah memberi tugas2 tertentu yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

sedikit pengisian kepada entum semua yang sudi membaca tulisan jari jemari ini.

RAMADHAN telah berlalu lebih kurang 9 hari. semoga ianya mampu mengajar kita dalam medekati diri kita dengan ALLAH.

Dalam hadis ada menceritakan
Diriwayatkan dari Ka'ab bin Ujrah RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, Datanglah kamu ke mimbar". Kemudian kami datang. Maka, apabila beliau naik tangga pertama, beliau berkata, 'Amin, lalu apabila naik tangga kedua juga berkata, 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga yang ketiga, Baginda SAW pun berkata, 'Amin'.
Maka, ketika beliau turun kami berkata, Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar".

Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewati bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'.

Lalu, ketika aku naik tangga kedua dia berkata, “Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu.” Aku berkata, 'Amin'.

Bila aku melangkah naik tangga ketiga dia berkata, “Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke syurga'. Aku berkata, 'Amin'."
[HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban]

sahabat sekalian, adakah kita mahu menjadi orang yang di AMIN kan oleh BAGINDA SAW.
jika tidak mahu, AYUH lah kita istiqamah dalam bermujahadah mengapai redha ALLAH.

Di dalam bulan puasa ini perbnyakkanlah istighfar kita, perbanyakkanlah selawat kepada RASULLULAH 
masih ana teringat lagi TUAN GURU WAN ASRUL AL AYDRUS ketika ana menziarahinya pada pertama kali setlah mengikuti kuliah perubatannya. kata beliau ramai orang pada hari ini berzikir tapi tak ramai yg istighfar dan selawat.

Disini juga ana ingin memesan sesuatu jadikan lah istighfar dan selawat daripada salah satu kaedah entum semua untuk melindungi diri dpd gangguan jin dan sebagainya.

seterusnya juga ambillah kesempatan dalam bulan RAMADHAN ini untuk bertaubat diantara kelebihan bertaubat ialah MENGALAHKAN NAFSU YANG SENTIASA MENYURUH KITA KE ARAH KEJAHATAN.

saya selitkan kata2 TUAN GURU saya akan menjadi pedoman buat kita semua:-



DIDALAM BULAN PENUH BARAKAH INI, SELAIN DARIPADA AL QIAM, AS SHIAM DAN AL QURAN, PERBANYAKKAN MUNAJAT, SEDEKAH DAN TAUBAT .

Seumpamanya kita memakai serban, jubah berserta kain dan rida', alangkah indah jika kita memakai wangian, bercelak dan bersugi.


Shaum atau puasa, jika dilihat dari tiga patah huruf, iaitu SHOD, WAU, MIM.

Shod membawa erti Sabar.
Wau membawa erti Wara'. (Berjaga-jaga)
Mim membawa erti Muhsinin.


ASSALAMUALAIKUM WMT

No comments:

Post a Comment