PERKONGSIAN ILMU

ASSALAMUALAIKUM WMT

TERGERAK HATI INI UNTUK BERKONGSI SATU ARTIKEL YANG TELAH DIKONGSI OLEH TUAN GURU ANA USTAZ WAN ASRUL AL AYDRUS DALAM FACEBOOKNYA IAITU:-
  1. Rumah ada gangguan makhluk halus? 
  2. Diri dan keluarga dirundung gangguan makhluk halus? 
  3. Sihir mengelilingi kehidupan? 
  4. Saka beribu dalam badan?
  5. Dah amal macam-macam, tapi gangguan masih lagi kuat... 
  6. Apa nak buat? What to do?

Mudah sahaja...

Beli cermin tinggi, boleh cerminkan dari kepala hingga ke kaki...

Pandang cermin tersebut dengan teliti, cuba tanya pada diri...
  1. Adakah wajah ini calon Ahli Syurga?
  2. Adakah diri ini golongan yang benar-benar beriman?
  3. Adakah cukup bekalan aku ini untuk mengadap ZAT PEMILIK SEKALIAN ALAM?
  4. Selamatkah aku dan keluargaku dari Api Neraka dan Kemurkaan ALLAH?
Jika jawapan semuanya TIDAK, maka, usahakanlah supaya ianya menjadi YA.

InsyaALLAH, saka, sihir, gangguan jin, jembalang mahupun dewa atau batara guru sekalipun akan sirna sepertimana sirnanya debu ditiup angin.

:: inilah yang sepatutnya kita risaukan :)

No comments:

Post a Comment