BICARA RAWATAN ISLAM :- PERUBATAN DARI PERSEKTIF ISLAM
Assalamualaykum WMT.
Dalam perubatan islam, sudah semestinya ada yang dipanggil doktor dan ada yang dipanggil sebagai pesakit.
Namun,sebaik-baiknya perlu kita betulkan pemikiran kita bahawa
ALLAH sebagai penyembuh yang MUTLAK
RASULLULLAH SOLALLHUALAHI WASALAM sebagai sebaik-baik DOKTOR.
ZIKIRULLAH sebagai sebaik-baik UBAT.
Maksudnya:- Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu
kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).
Seterusnya, PENYAKIT itu ialah teguran dan juga peringatan ALLAH kepada kita. selain itu juga PENYAKIT juga adalah kafarah atas dosa2 kita yang lalu. Terdapat beberapa Hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
Oleh itu, Perubatan menurut pandangan Islam ini ianya sangat menekankan bab aqidah yang sebenar kepada ALLAH AZZAWAJALLA.
Setelah itu, ikhtiar dengan cara yang betul sesuai dengan kehendak syarak, jangan mencampurkan ikhtiar kita dengan perubatan yang berunsur syirik lagi menyesatkan kita ye.(InshaALLAH akan dikongsikan kepada entum semua tentang rawatan yang berbentuk sihir dan syirik)
dan tamatkanlah rawatan ataupun ikhtiar kita tu dengan TAWAKAL KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA.
Perubatan ini sudah ada berkurun2 lamanya.
Jadi perubatan ini terbahagi kepada dua bahagian:-
-fizikal
-rohani/gangguan
Oleh hal yang demikian, ana akan cuba untuk memendekkan ulasan mengenai hal ini.
Masa kini kita melihat pengubatan Islam di Malaysia terutamanya hanya tertumpu kepada perubatan yang berbentuk gangguan semata-mata. Jadi bagaimana dengan pengubatan bagi fizikal ?
Sesuatu penyakit yang datang kepada kita bukanlah berbentuk gangguan semata-mata seperti saka,sihir, asyik dan sebagainya.
baiklah apa yang saya cuba sampaikan.
PENGUBATAN ISLAM sebaiknya diagnos dahulu. adakah masalah itu berbentuk fizikal atau gangguan.
Di TIIG, saya akan mendiagnos kedua-dua hal tersebut sebelum mengatakannya sebagai gangguan atau lebih mudah saya katakan saya akan mendiagnos masalah fizikal terlebih dahulu.
Selepas itu, saya tidak akan membiarkan pesakit balik begitu sahaja. Rawatan akan diteruskan dengan mendiagnos gangguan. sekiranya pesakit mungkin ada gangguan tersebut.
Jadi kita tidak boleh mengatakan sesuatu penyakit itu sebagai gangguan semata-mata seperti mana sekarang kita melihat begitu ramai orang yang mendakwa dakwi tanpa diagnos yang betul.
Begitu ramai orang zaman sekarang ni suka-suka mengatakan orang itu ada 20 jin lah 30jin lah, orang tu ada sakalah ada sihir lah ada asyik lah dan pelbagai lagi.itu lah dan inilah. nampak jinlah nampak hantulah.
kata guru saya:-
Ahwal kerohanian bukan sesuatu perkongsian kepada umum, ianya adalah ahwal yang perlu ditapis oleh Guru, malahan selepas tapisan jua, itu bukan lesen besar hal tersebut boleh digebang-gebangkan. Kerana ahwal kerohanian bukanlah aset PROMOSI.
Menceritakan ahwal kerohanian kepada umum atau orang awam, meletakkan diri sebagai pencalar displin Ilmu Kerohanian, hal inilah yang menjadi FITNAH BESAR kepada ahli kerohanian yang lain.
dan pesannya lagi:-
'Hal gaban-gaban tidak perlu digebang-gebangkan umum. Yang ghaib, mistik, sammiyyat, biarlah dalam keadaannya, dalam sirrNYA.
Terlalu digebang-gebang sangat hal mistik, serangan itu ini, bimbang tergolong dalam golongan Al Maghrur atau bahasa lain SS.
Ahwal kerohanian bukan untuk diheboh-hebahkan.
Berkongsilah perkara yang boleh membantu umat mendekatkan diri kepada ALLAH bukan pada keHAIBATAN yang belum tentu maunah atau istidraj.
Berhati-hati.'
Jadi ana bermohon jangan mencalarkan perubatan islam. perubatan islam yang sebenarnya ialah mendekatkan pesakit dengan ALLAH.
Jika pesakit itu ada gangguan, maka gunalah kaedah-kaedahyang dibenarkan syarak yang diajar oleh guru-guru kita untuk mengeluarkannya, tak perlu cerita banyak2 dan mistik2 ni.
Jika pesakit itu ada penyakit fizikal seeloknya berikan mereka keadah-keadah pemakanan sunnah, bekam, dan lain-lain pengubatan yang dibenarkan.
Sampai disini dulu, bicara rawatan TIIG akan bersambung lagi.....
No comments:
Post a Comment