BICARA RAWATAN ISLAM 1

BICARA RAWATAN ISLAM :- PERUBATAN DARI PERSEKTIF ISLAM

Assalamualaykum WMT.

Dalam perubatan islam, sudah semestinya ada yang dipanggil doktor dan ada yang dipanggil sebagai pesakit.
Namun,sebaik-baiknya perlu kita betulkan pemikiran kita bahawa

ALLAH sebagai penyembuh yang MUTLAK
RASULLULLAH SOLALLHUALAHI WASALAM sebagai sebaik-baik DOKTOR.
ZIKIRULLAH sebagai sebaik-baik UBAT.




Maksudnya:- Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu
kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Seterusnya, PENYAKIT itu ialah teguran dan juga peringatan ALLAH kepada kita. selain itu juga PENYAKIT juga adalah kafarah atas dosa2 kita yang lalu. Terdapat beberapa Hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

Oleh itu, Perubatan menurut pandangan Islam ini ianya sangat menekankan bab aqidah yang sebenar kepada ALLAH AZZAWAJALLA.
Setelah itu, ikhtiar dengan cara yang betul sesuai dengan kehendak syarak, jangan mencampurkan ikhtiar kita dengan perubatan yang berunsur syirik lagi menyesatkan kita ye.(InshaALLAH akan dikongsikan kepada entum semua tentang rawatan yang berbentuk sihir dan syirik)
dan tamatkanlah rawatan ataupun ikhtiar kita tu dengan TAWAKAL KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA.

Perubatan ini sudah ada berkurun2 lamanya.

Jadi perubatan ini terbahagi kepada dua bahagian:-

-fizikal
-rohani/gangguan

Oleh hal yang demikian, ana akan cuba untuk memendekkan ulasan mengenai hal ini.

Masa kini kita melihat pengubatan Islam di Malaysia terutamanya hanya tertumpu kepada perubatan yang berbentuk gangguan semata-mata. Jadi bagaimana dengan pengubatan bagi fizikal ?
Sesuatu penyakit yang datang kepada kita bukanlah berbentuk gangguan semata-mata seperti saka,sihir, asyik dan sebagainya.

baiklah apa yang saya cuba sampaikan.

PENGUBATAN ISLAM sebaiknya diagnos dahulu. adakah masalah itu berbentuk fizikal atau gangguan.

Di TIIG, saya akan mendiagnos kedua-dua hal tersebut sebelum mengatakannya sebagai gangguan atau lebih mudah saya katakan saya akan mendiagnos masalah fizikal terlebih dahulu.
Selepas itu, saya tidak akan membiarkan pesakit balik begitu sahaja. Rawatan akan diteruskan dengan mendiagnos gangguan. sekiranya pesakit mungkin ada gangguan tersebut.

Jadi kita tidak boleh mengatakan sesuatu penyakit itu sebagai gangguan semata-mata seperti mana sekarang kita melihat begitu ramai orang yang mendakwa dakwi tanpa diagnos yang betul.

Begitu ramai orang zaman sekarang ni suka-suka mengatakan orang itu ada 20 jin lah 30jin lah, orang tu ada sakalah ada sihir lah ada asyik lah dan pelbagai lagi.itu lah dan inilah. nampak jinlah nampak hantulah.

kata guru saya:-
Ahwal kerohanian bukan sesuatu perkongsian kepada umum, ianya adalah ahwal yang perlu ditapis oleh Guru, malahan selepas tapisan jua, itu bukan lesen besar hal tersebut boleh digebang-gebangkan. Kerana ahwal kerohanian bukanlah aset PROMOSI.

Menceritakan ahwal kerohanian kepada umum atau orang awam, meletakkan diri sebagai pencalar displin Ilmu Kerohanian, hal inilah yang menjadi FITNAH BESAR kepada ahli kerohanian yang lain.


dan pesannya lagi:-

'Hal gaban-gaban tidak perlu digebang-gebangkan umum. Yang ghaib, mistik, sammiyyat, biarlah dalam keadaannya, dalam sirrNYA.

Terlalu digebang-gebang sangat hal mistik, serangan itu ini, bimbang tergolong dalam golongan Al Maghrur atau bahasa lain SS.

Ahwal kerohanian bukan untuk diheboh-hebahkan. 

Berkongsilah perkara yang boleh membantu umat mendekatkan diri kepada ALLAH bukan pada keHAIBATAN yang belum tentu maunah atau istidraj.

Berhati-hati.'



Jadi ana bermohon jangan mencalarkan perubatan islam. perubatan islam yang sebenarnya ialah mendekatkan pesakit dengan ALLAH.

Jika pesakit itu ada gangguan, maka gunalah kaedah-kaedahyang dibenarkan syarak yang diajar oleh guru-guru kita untuk mengeluarkannya, tak perlu cerita banyak2 dan mistik2 ni.
Jika pesakit itu ada  penyakit fizikal seeloknya berikan mereka keadah-keadah pemakanan sunnah, bekam, dan lain-lain pengubatan yang dibenarkan.

Sampai disini dulu, bicara rawatan TIIG akan bersambung lagi.....



PEMBERITAHUAN.


Peserta kursus urut di seremban zon selatan, sila datang seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran dan kami sediakan sarapan pagi. 

Peserta sila bawa kain pelikat atau kain batik ke. adapraktikal pada hari kedua seperti yang di maklumkan sebelum ini. sebarang pertanyaan sila hubungi saya Akmal 013 4421 597

KASTURI KIJANG DAN KASTURI HITAM

assalamualaykum, disini Terapi ISLAM IBNU Ghozali ingin memberitahu kami juga ada menjual minyak wangi kasturi.

minyak wangi kasturi hitam (pati) RM 15
minyak wangi kasturi kijang(pati) RM 15

Adapun disini saya menyelit beberapa kelebihan dan kegunaan kasturi.
Kata RasululLAH solaLAHU ALAHI WASALAM,
SEBAIK-BAIK WANGIAN IALAH MINYAK KASTURI.

berminat bg lah tahu saya, sebotol RM 15,  IANYA BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

Minyak wangi kasturi kijang dan hitam.
  1. Dalam mengikhtiar mengelak SIHIR dan MAKHLUK HALUS.
  2. Menguatkan roh .
  3. BAIK untuk pelajar untuk masuk ke kelas atau kuliah.
  4. masalah pelupa.
  5. merawat asma. (Dicampurkan dengan airpanas Dan diwapkan kemuka dengan keadaam yg diserkupkan):-)
  6. Masalah resdung.(kaedah yg sama selrti asma)
  7. masalah kemurungan
  8. ikhtiyar bg masalah sakit sendi2 (dicmpurkan dengan minyak zaitun dan disapu)
  9. Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi)

Namun begitu fadilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangian, INSYAALLAH...
 
Ianya telah diruqyahkan dengan bebrapa ayat al quran dan beberapa ayat selawat dan husun.

bagi yang berminat bolehlah pm sayaatau mesej saya 013 4421 597

MADU DAN HABBATUS SAUDA'

Assalamualaikum WMT,  sudah lama saya tidak menUPDATE blog saya ni. baiklagh hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai madu dan minyak habbatusauda.

seringkali sang fakir memesan kepada semua yang membaca mahupun yang datang berjumpa sang fakir agar tidAK MENGAMBIL ubatan hospital, saya bukannya tak suka hospital, harus jelas bahawa teknik pengubatan seperti check darah pembedahan dan sebagainya saya sokong cuma saya tak sokong ubatan mereka, kerana mempunyai dadah sintetik. maaf yer, anda digalakkan pergi hospital, kalau ubat makanan lah makanan sunnah inshaALLAH,

sahabat-sahabat sekalian, mengambil madu ,habbatusauda,minyak zaitun, zaitun, kurma, khal, pati delima,susu dan lain-lain makanan sunnah bukanlah diambil ketika kita sedang sakit sahaja, ianya hendaklah diambil sebagai satu langkah berjaga-jaga atau mencegah sesuatu penyakit itu terjadi.

Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya
merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan
manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

oleh itu, Islam menerangkan knsep AL WIQAYATUL KHAIRA MINAL 'ILAJ
iaitu MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. Jadi setiap penyakit harus dielakkan daripada terjadi pada diri kita.


Disini Terapi ISLAM IBNU Ghozali menerangkan sedikit tentang minyak HABBATUSAUDA DAN MADU TIMUR TENGAH.

ALLAH telah menyatakan keajaiban lebah madu ini di dalam KalamNYA :

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩﴾

kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLAH) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Malahan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam juga bersabda ;

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan cucuhan dengan api (kay). Sesungguhnya Aku melarang ummatKu (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Antara kegunaan minyak habbatusauda tiaf RM 35
-Amat digalakkan kepada mereka yang mempunyai athma (lelah).
-Mencegah daripada terkena lelah
-Mencegah daripada terkena penyakit yang berkaitan paru-paru terutamanya paru-paru berair
-meningkatkan imuniti badan
- Disapukan di bahagian hadapan dada belikat( bagi mereka yang asma)
- mengalakkan pengeluarab susu
-Anti kanser
-meningkatkan fungsi daya seksual

Antara kegunaan madu timur tengah(as syifa) RM 23

- amat digalakkan bagi mereka yang batuk,
- amat digalakkan bagi mereka yang demam dan mengelakkan demam,
-Melancarkan peredaran darah.
-Menguatkan tenaga dalaman.
-Melegakan dari keletihan.
-Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Sakit perut memulas macam banyak angin makan madu lebih baik -kata tuan guru WAN Asrul Al Aydrus.
-Mengurangkan kesakitan dan tekanan semasa haid.
-Meningkatkan kepintaran, daya ingatan dan hafalan.
-Menguatkan daya ketahanan badan.
-Baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin.
-Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan dan luka kecil akibat kemalangan.-KATA SHEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL IDRISI
-Boleh dijadikan antiseotik, anti alergik, anti anemia, anti fungus dan anti u-lser.
-Melegakan sakit sendi dan kebas.
-Melegakan batuk dan mengurangkan kahak.
-Membantu menerangkan penglihatan.
-Menjadikan kulit yang bersih dan putih bagi anak dalam kandungan.

untuk dapatkan rujuk dan PM lah saya. 
013 4421597 

TERBAHARU : AIR HERBA TIIG

Assalamualaykum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh.

AlhamdulILLAH, Terapi Islam Ibnu Ghozali telah lebih seminggu mengeluarkan air penawar herba zaafaran ini.

Sedikit pengenalan kepada semua tentang air ini. AIR ZAAFARAN INI telah dituliskan dengan bebeberapa ayat al Quran dan beberapa Selawat dan doa orang alim.

Zaafaran kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif & juga peransang tenaga batin.Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya tahan menghadapi pelbagai penyakit.

jadi untuk mendapatkannya by hand. kerana pos tidak terjamin. satu botol RM15,:)